secalit pengisian…

recently aku terbukak channel Astro Oasis. Program ape tah tajuknye aku dh lupe,tp pengisiannya oleh Dato’ Dr Fadillah Kamsah (er..betol ke aku eja nama dia tu?) episod kali ni berkisar pasal kekeluargaan atau lebih tepat suami isteri.

nama pn laki & perempuan, suami & isteri.tak boleh tidak,mesti ada selisih faham. cuma kecik atau besar perselisihan tu bergantung pada ego masing2.erm.. xpe la. xyah cite panjang2…kte balik kepada pengisian tadi,antaranya:

Kunci Kebahagiaan Rumahtangga

Bak kata Dato’ kunci nya hanyalah DUA perkara sahaja yg terdiri daripada BISIKAN ILMU & BISIKAN SYURGA, iaitu:

1. Jadikan AMALAN 10 minit tazkirah, baca hadis2 / tafsir Al-Quran / buku-buku agama tiap-tiap hari bersama keluarga.

2. Untuk para isteri, yg ini amat penting. NIAT dalam hati, segala kepayahan membesarkan anak, melayan suami, menjaga rumahtangga adalah untuk keredaan ALLAH  dan bukannya untuk keredaan suami semata-mata. Walaupun perit jerih tidak dihargai suami, tapi dengan keredaan Allah mudah-mudahan balasannya SYURGA.

 

…mungkin ada benarnya byk penceraian yg berlaku sbb tidak disusuli dgn 2 perkara tadi. erm…fikir2kan lah…

Advertisements